Sunday, 19 January 2014
MAJLIS PERJUMPAAN, SUAIKENAL DAN PERHIMPUNAN DSSM EDISI KE 7 [DSSM7] DAN HIMPUNAN 1000 SRIKANDI WANITA MELAYU, 2014
MAJLIS PERJUMPAAN, SUAIKENAL DAN PERHIMPUNAN DSSM EDISI KE 7 [DSSM7] DAN HIMPUNAN 1000 SRIKANDI WANITA MELAYU, 2014
Tema : "Silat, tunjang kekuatan dan perpaduan Melayu"
Hari : Sabtu
Tarikh : 01hb. Mac, 2014 bersamaan 28 Rabiulakhir 1435 H
Masa : 7.30 pagi - 7.30 malam
Lokasi : Tapak Dahlia, Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur
Status Program : PERCUMA, TIADA SEBARANG BAYARAN DIKENAKAN.
SEMUA DIJEMPUT HADIR
Tujuan dan matlamat majlis perjumpaan :
Perjumpaan rakan2 Facebook antara pelbagai aliran silat BERTUJUAN untuk MENGERATKAN TALI SILATURRAHIM dan UKHWAH kasih sayang serta persaudaraan antara pesilat lama dan yang baru, para aktivis budaya, termasuk juga dari kalangan Guru Tua yang datang dari pelbagai aliran persilatan dan budaya.
Siapa yang perlu hadir :
1) TERBUKA KEPADA SEMUA ahli pertubuhan silat, samada yang telah lama atau baru, atau yang sedang belajar
2) Para aktivis Seni Budaya Melayu3) Sahabat dalam group 'Dunia Seni Silat Melayu' [DSSM]
4) Orang ramai yang prihatin yang mencintai dan ingin bersama2 mendokong dan memartabatkan seni budaya dan tamadun Melayu.
PAKAIAN :
1) Berbusana Pendekar Melayu Lelaki/Wanita
2) Pakaian Silat Perguruan masing-masing
3) Berbaju Melayu, Bersongkok, Bersampin dan Bercapal
4) Pakaian Tradisi Etnik Melayu Nusantara
5) Menutup aurat
ATURCARA PROGRAM
(PAGI)
07.30 pagi :
Mengalu-alukan kehadiran sahabat-sahabat facebook 'Dunia Seni Silat Melayu' [DSSM], para aktivis budaya dan orang ramai
08.00 pagi :
Kepada yang berminat untuk mendaftar menjadi Ahli Persatuan Dunia Seni Silat Melayu Malaysia [PDSSMM]. Kaunter pendaftaran dibuka dengan yuran masuk RM10.00 dan yuran tahunan RM60.00
08.30 pagi :
Sarapan dan minum pagi
09.00 pagi :
Kata-kata aluan dari Pihak Penganjur
09.05 pagi :
Tahlil dan Doa selamat buat almarhum para Guru-Guru Persilatan dan para pejuang negara yang telah kembali ke rahmatullah. Seterusnya Bacaan Doa Pembuka Majlis untuk majlis pada hari ini.
09.45 pagi :
Para Srikandi membuat susunan dan mengambil kedudukan untuk menyambut kehadiran VIP
10.00 pagi :
Keberangkatan tiba YAM Tengku Puteri Zahariah (Ku Yah) Ibni Almarhum Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah (JANGKAAN)
09.05 pagi :
Kata-kata aluan dari Pengerusi PDSSMM
10.15 pagi :
Ucapan, Pelancaran dan Perasmian HIMPUNAN 1000 SRIKANDI WANITA MELAYU oleh YAM Tengku Puteri Zahariah Ibni Almarhum Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah.
10.30 pagi :
Persembahan Sembah Buka Gelanggang oleh Guru Tua
10.45 pagi :
Persembahan Senaman Kuno DSSM dipimpin oleh Cikgu Hussin Rimau
11.00 pagi :
Persembahan Silat Pulut dan Silat Tari dari Srikandi
11.15 pagi :
Persembahan Silat Solo Bersenjata dari Srikandi
11.30 pagi :
Persembahan Silat Berkumpulan dari Srikandi
11.45 pagi :
Mempersembahkan cenderahati buat YAM Tengku Puteri Zahariah
12.00 tengahari :
Rehat dan makan tengahari dan VIP meninggalkan majlis.
(PETANG)
01.15 tengahari :
Solat Zohor berjemaah
01.45 tengahari :
Sahabat dan peserta DSSM membuat susunan dan mengambil kedudukan untuk menyambut kehadiran VIP
02.00 petang :
Keberangkatan tiba YAM Tengku Muda Pahang (JANGKAAN)
02.10 petang :
Kata-kata aluan dari Pengerusi PDSSMM
02.30 petang :
Ucapan, Pelancaran dan Perasmian PERJUMPAAN DAN PERHIMPUNAN DUNIA SENI SILAT MELAYU EDISI KE 7 oleh YAM Tengku Muda Pahang, Tengku Abdulrahman bin Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah.
02.30 petang :
Persembahan Sembah Buka Gelanggang oleh Guru Tua
02.45 petang :
Sessi memperkenalkan diri dan perguruan di hadapan YAM Tengku Muda Pahang serta Sembang Santai dan Bual Bicara DSSM tentang wacana alam persilatan Melayu
03.00 petang :
Sumbangan cenderahati buat Seniman Latiff Borgiba dan Tamam Idris serta pelukis komik Zoy
03.10 petang :
Mempersembahkan cenderahati buat YAM Tengku Muda Pahang
03.15 petang :
Minum Petang dan YAM Tengku Muda Pahang dan VIP menyaksikan :
- Persembahan Silat Pulut dan Silat Tari
- Persembahan Silat Solo dan kumpulan Bersenjata
04.00 petang :
Keberangkatan pulang YAM Tengku Muda Pahang, Tengku Abdulrahman bin Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah.
Persembahan diteruskan.
04.30 petang :
Berhenti azan Asar dan solat
05.00 petang :
Persembahan Silat Berkumpulan dari Perguruan
05.30 petang :
Persembahan Demo Memanah Tradisi Melayu
06.30 petang :
Persembahan Penutup oleh semua Guru Muda dan Guru Tua
06.45 petang :
Majlis ditangguhkan, berkumpul dan berselawat beramai-ramai sebagai salam perpisahan
07.00 petang :
Sessi bergambar beramai-ramai
07.30 malam :
Majlis Bersurai dan Solat Maghrib
Semoga perjumpaan kali mendapat rahmat keberkatan dari Allah SWT serta mengeratkan 'Tali Silaturrahim' di kalangan ahli warga Persilatan yang berlainan Perguruan di Malaysia dan juga alam Nusantara ini...
PEMBERITAHUAN :
1. Perubahan masa dan aturcara program bergantung kepada situasi. Permit Kebenaran DBKL dan makluman kepada pihak Polis adalah sehingga jam 7.30 malam pada tarikh tersebut
2. Sebarang persembahan berbentuk kebatinan dan mencarik adat adalah dilarang, selaras dengan perintah dan nasihat dari pihak Polis.
3. Sahabat-sahabat DSSM yang hadir amatlah dialu-alukan membawa juadah makanan dan minuman masing-masing ke acara perjumpaan kita ini untuk sama dikongsikan bak pepatah:
'Sikit sama dikongsi, Banyak sama Dirasa kerana MUAFAKAT itu membawa KEBERKATAN"
4. Segalanya adalah inisiatif kita sebagai pencinta silat yg ingin berjumpa dan bergabung dalam satu perjumpaan silaturrahim persilatan yang berlainan perguruannya.
5. Sebarang perubahan Tarikh, Masa, Tempat dan jadual Aturcara adalah tertakluk kepada keputusan Jawatankuasa Induk Penganjur.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment