Thursday 21 November 2013

SELAMAT HARI KEPUTERAAN KE 55


DAULAT TUANKU

Barisan kepimpinan dan ahli-ahli Persatuan Seni Silat Sendeng Daerah Johor Bahru, merafak sembah menjunjung kasih setinggi-tinggi tahniah dan ucap selamat kepada

DULI YANG MAHA MULIA SULTAN IBRAHIM
IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR

Sultan Dan Yang DiPertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takhluk Johor Darul Ta'zim
Sempena hari Ulang Tahun Keputeraan Yang ke 55 pada 22 November 2013

Semoga Allah Lanjutkan Usia Tuanku.
DAULAT TUANKU !


Friday 8 November 2013

PENDAFTARAN TERBUKA SENI SILAT SENDENG DAERAH JOHOR BAHRU





PEMBELAJARAN SENI SILAT SENDENG

Pemakaian rangkaikata Seni Silat Sendeng yang diabadikan kepada perguruan ini adalah memperlambangkan ciri-ciri pembelajaran yang terkandung di dalamnya.

Ciri utama atau teras yang menunjangi pembelajarannya ialah SENDENG ; kerana setiap perlakuan, pergerakan dan penggayaan yang diaksikan baik seni tari, seni permainan alat silat dan seni mempertahankan diri dipraktikkan secara menyendeng atau mengiring.

Inilah sebabnya perguruan ini dinamakan 'Seni Silat Sendeng' atau 'Silat Sendeng'.

Pembelajaran Sendeng dibahagikan kepada tiga tahap iaitu :-

Peringkat Asas
Kemahiran Asas
Jurulatih

Setiap tahap ini mengandungi pelajaran; belebat (pelebat), kuntau (pecahan / langkah) ,tarian dan permainan alat silat serta buang pukul yang diajar secara berperingkat.

   
MATAPELAJARAN SENI SILAT SENDENG

Seni Silat Sendeng terbahagi kepada kepada empat bahagian yang utama iaitu:-

  1. Belebat (Pelebat)
  2. Kuntau (Pecah)
  3. Tarian dan Permainan Alat Silat
  4. Buang Pukul

Belebat terpecah kepada dua iaitu belebat lurus dan belebat sendeng. Ahli baru haruslah memahirkan 5 jenis belebat lurus yang akan diajar dalam jangkamasa 3 bulan.

Kuntau atau Pecah pula terdiri daripada 8 jenis iaitu Kuntau Pecah Empat, Pecah Enam, Toya, Pecah Lapan, Pecah Dua Belas, LEAN, Pecah Enam Belas dan Pecah Dua Puluh Empat. Setiap Kuntau mempunyai tafsiran dan gerak yang tersendiri.

Tarian Silat adalah tari atau bunga silat yang terkandung dalam pergerakan Seni Silat Sendeng. Antaranya ialah Lela Sembah, Tenteng Anak Murai, Lebah Mengurap, Lipat Pandan dan lain-lain. Permainan Alat Silat pula terdiri daripada dua, bunga dan gelut di mana bunga ialah tari dan langkah manakala gelut ialah permainan di antara dua orang. Seni Silat Sendeng mempunyai 10 senjata utama dalam matapelajarannya iaitu keris, parang, pedang, tekpi, persai, dan lain-lain.Termasuk dalam alat silat ialah gendang,gong dan serunai.

Buang Pukul pula ialah cara menangkis serangan lawan. Ianya terdiri dari peringkat kuntau, sendeng, dan tujuh hari. Dalam Seni Silat Sendeng kemahiran dalam ilmu Buang Pukul adalah sangat penting dan diutamakan dalam pelajarannya.


BORANG PENDAFTARAN



UNTUK MAKLUMAN LEBIH LANJUT sila hubungi  :~ 

PENGERUSI
Abd Lah @ Abdullah bin Awang

TIMB.PENGERUSI

Abdul Aziz bin Mohammad

SETIAUSAHA
Naszeery Helmy bin Abd Samad

BENDAHARI
Zaiman bin Ahmad



SENDENG WOMEN SELF DEFENSE WORKSHOP

WOMEN SELF DEFENSE WORKSHOP : When "Hawa" Fight Back! merupakan aktiviti tahunan anjuran Persatuan Seni Silat Sendeng Daerah Johor Bahru

Bengkel Sehari ini merupakan Seminar khas buat golongan hawa, iaitu 'Women Self-Defense Workshop - When Hawa Fight Back!'. Satu produk ilmu saya bentangkan buat golongan wanita yang kesuntukkan masa untuk mendalami ilmu beladiri.

Berita ragut, rogol dan bunuh yang sering kali menghiasi dada-dada akhbar negara memang menggusarkan masyarakat dan memberi kesan yang mendalam kepada kaum hawa yang sering menjadi mangsa. Wanita sering dijadikan sasaran oleh mereka yang tidak dikenali malah yang juga dikenali kerana dianggap 'lemah' dan mudah diambil kesempatan.

Pembelajaran mencakupi lima bahagian iaitu asas pernafasan, asas tumbuk, asas tendangan, asas teknik tangan kosong dan kaedah pelepasan.

Kaedahnya amat mudah, jelas, tepat dan berkesan serta terbuka buat semua lapisan kaum, umur dan agama.