PEMBELAJARAN SENI SILAT SENDENG
Pemakaian rangkaikata Seni Silat
Sendeng yang diabadikan kepada perguruan ini adalah memperlambangkan ciri-ciri
pembelajaran yang terkandung di dalamnya.
Ciri utama atau teras yang
menunjangi pembelajarannya ialah SENDENG ; kerana setiap perlakuan, pergerakan
dan penggayaan yang diaksikan baik seni tari, seni permainan alat silat dan
seni mempertahankan diri dipraktikkan secara menyendeng atau mengiring.
Inilah sebabnya perguruan ini
dinamakan 'Seni Silat Sendeng' atau 'Silat Sendeng'.
Pembelajaran Sendeng dibahagikan
kepada tiga tahap iaitu :-
Peringkat Asas
Kemahiran Asas
Jurulatih
Setiap tahap ini mengandungi
pelajaran; belebat (pelebat), kuntau (pecahan / langkah) ,tarian dan permainan
alat silat serta buang pukul yang diajar secara berperingkat.
MATAPELAJARAN SENI SILAT SENDENG
Seni Silat Sendeng terbahagi kepada
kepada empat bahagian yang utama iaitu:-
- Belebat
(Pelebat)
- Kuntau
(Pecah)
- Tarian
dan Permainan Alat Silat
- Buang
Pukul
Belebat terpecah kepada dua iaitu belebat lurus dan belebat
sendeng. Ahli baru haruslah memahirkan 5 jenis belebat lurus yang akan diajar
dalam jangkamasa 3 bulan.
Kuntau atau Pecah pula terdiri daripada 8 jenis iaitu Kuntau Pecah Empat,
Pecah Enam, Toya, Pecah Lapan, Pecah Dua Belas, LEAN, Pecah Enam Belas dan
Pecah Dua Puluh Empat. Setiap Kuntau mempunyai tafsiran dan gerak yang
tersendiri.
Tarian Silat adalah tari atau bunga silat yang terkandung dalam
pergerakan Seni Silat Sendeng. Antaranya ialah Lela Sembah, Tenteng Anak Murai,
Lebah Mengurap, Lipat Pandan dan lain-lain. Permainan Alat Silat pula terdiri
daripada dua, bunga dan gelut di mana bunga ialah tari dan langkah manakala
gelut ialah permainan di antara dua orang. Seni Silat Sendeng mempunyai 10
senjata utama dalam matapelajarannya iaitu keris, parang, pedang, tekpi, persai,
dan lain-lain.Termasuk dalam alat silat ialah gendang,gong dan serunai.
Buang Pukul pula ialah cara menangkis serangan lawan. Ianya terdiri
dari peringkat kuntau, sendeng, dan tujuh hari. Dalam Seni Silat Sendeng
kemahiran dalam ilmu Buang Pukul adalah sangat penting dan diutamakan dalam
pelajarannya.
BORANG PENDAFTARAN